23/03/2011
Tarikh di atas adalah tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2010 termasuklah diri Ain sendiri.Ain berharap akan ada keajaiban yang berlaku pada 23?03/2011 kelak.Berdebar-debar rasanya menunggu hari tersubut.Ain doakan semoga semua calon SPM 2010 memperolehi keputusan yang cemerlang.
SPM adalah permulaan bagi segala-galanya..SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Ain pun tengah pening nak pilih jurusan apa yang sesuai untuk diri Ain.Terfikir juga nak jadi seorang pendidik.Tapi mampukah Ain???????
Tidak dinafikan bahawa tugas seorang guru sememangnya sangat berat untuk dipikul. Terlalu banyak dugaan. Cikgu di sekolah berurusan dengan " manusia ", bukan dengan mesin komputer atau sebagainya. Cikgu itu mungkin telah menjadi seorang jururawat. Cikgu itu mungkin telah menjadi seorang ahli psikologi. Cikgu itu telah menjadi jurulatih sukan, Kaunselor, Ahli pekerja sosial masyarakat malah paling orang tidak faham ialah, cikgu hampir menjadi " ibu bapa".
Kalau di jabatan koperat swasta,sekiranya anda diberi tugas yang bukan tugas anda,anda boleh saja berkata
Betapa SERIUSnya kerja cikgu..
Ada yang berpendapat kerjaya sebagai seorang guru melibatkan banyak pahala. Tetapi Ain sering mengingatkan diri Ain tentang betapa mencabarnya menjadi seorang guru..
Bagaimana jika ada yang tidak Ain berikan perhatian sewajarnya. Ain berdosa.
Bagaimana sekiranya Ain mengajar “fakta” yang salah? Ain berdosa.
Guru harus membangunkan manusia. Kerana manusia itu tonggak sesebuah negara.
Banyak pahala seorang guru, mungkin jika tersilap ajar, maka banyaklah dosa seorang guru.
Banyak pahala seorang guru, mungkin jika tersilap ajar, maka banyaklah dosa seorang guru.
Ibu bapa, masyarakat, malah setiap ahli masyarakat secara umumnya menyalahkan apa yang tidak betul, tidak kena, semuanya kepada guru. Bayangkanlah, budak tidak cemerlang, cikgu yang salah. Budak keracunan makanan, cikgu jugalah yang salah. Budak kemalangan hadapan sekolah, cikgu juga yang salah.
Malah, masalah yang melibatkan negara pun cikgu juga yang salah. Contohnya, masyarakat tidak ada kesedaran sivik. Cikgu juga yang salah. Maka terciptalah subjek Pendidikan Sivik. Kemalangan jalan raya semakin berleluasa, maka terciptalah Kesedaran keselamatan Jalan Raya sebagai mata pelajaran baru.
Cikgu di sekolah berhempas pulas dengan kelas tambahan, dapat 5A, ibu bapa kata anaknya cemerlang kerana tusyen di luar sekolah. Bukan faktor kejayaan cikgu di sekolah. Hmm alahai.
Tuntasnya, jika kalian fikir mahu menjadi seorang guru. Fikirlah dengan semasak -masaknya. There is no turning point.

No comments:
Post a Comment